9/02/2016

Pasrah

Hai september bye august..
Cepatnya masa berlalu pejam celik pejam celi dah bulan 9 rasanya mcm baru je masuk tahun baru.. mcm2 dah berlaku tahun ni sampaikan rasa mcm kalau boleh putar balik masa ni aku nak memperbetulkan keadaan sebelumnya aku tak nak jumpa orang yang banyak buat masalah dan sia2kan hidup aku.. kadang2 aku dah penat kadang2 aku terpikir kenapalah ALLAH tak tarik nyawa aku je dulu bagi mak aku yang hidup..

Ya ALLAH
Mungkin ini dugaan yang perlu aku tempuhi selagi aku hidup dekat dunia ni..

8/27/2016

Hai all.. time2 mcm ni x dapat nak tido lg.nthlah mata rasa mcm x nak lelap pun ada juga almaklumlah esok x kje..yipee.. tadi  osan sangat so pergi lah shopping beli itu ini sambil teman adik nak beli baju untuk esok annual dinner tempat keje.. niat dihati x nak pun beli pape tp ermmm terbeli jgk la jwb nya nasib lah duit terbang mcm tu tapi x pelah bukannye selalu dapat rewad utk diri sendei kan... yang tak boleh blahnya pergi satu kedai ni ambil itu ini sekali nak bayar baru teringat wallet ada dekat bonet moto nak x nak menapak la g kt moto park dekat nun hujung dunia sana..haha

Lovely miki

                                Love my cat...
                                        Miki

8/24/2016

QUOTE 2

Hidup ini tidak seindah mimpi
Bahagia tidak mudah dilafazkannya
Alangkah pedih mengharap sebuah cinta
Andai mampu aku mengundur waktu dan saat
Biarlah cinta ini tidak pernah hadir
Namun siapa aku untuk menolak suratan
Menjadi milikmu dalam tangisan
Yang berpanjangan...

8/20/2016

Quote 1

RINDU YANG KERAP DIUNGKAPKAN LAMA KELAMAAN MUNGKIN MENJADI BENCI. CINTA YANG DATANG SEPERTI ANGIN  PERGINYA JUGA SEPERTI ANGIN. SINGGAH SEKEJAP DAN TERUS MENGHILANG

7/21/2016

TERKILAN GUNA 2ND NOTE 5

hai assalamualaikum




Last week aku beli 2nd hp SAMSUNG NOTE 5. ni kali kedua aku beli hp 2nd selama ni tak pernah pun beli je yang baru dekat lazada kerana aku teringin sangat nak guna note 5 aku survey harga rata2 memang mahal beb so aku decide beli 2nd baru beberapa je tapi mahal jugak ler.

hari 1st ak pakai ok la aku dah pasang tempered glass mate lagi tu mahal oo RM 25 aku beli cover back belakang bling lagi sebab ingat kan hp ni akan bertahan bersama2 aku ler.

Bila hari ke empat guna tetiba dah jadi mcm ni kat tepi tu macam masuk air je. padahal xde pun xde jatuh xde masuk air tak org yang sebelum aku guna tu nak nanges aku dibuatnya mahal ok nak repair.

Aku survey tempat repair rata2 fuhh lebih dari RM 300++++ mati ler lagi bagus aku beli baru.. menyesal x sudah.. Aku ada pergi satu kedai hp ni nak repair bila dia tengok hp ak dia suruh pergi center samsung repair kalau ada waranty sebab customer dia memang ramai hp note 5 jadi macam ni.



Keesokan harinya aku pergilah center samsung, dia teliti punya teliti hp note 5 aku tu dia dapat detect ada dent kecik je kot so tak boleh la claim waranty kat samsung kena jugak repair kat kedai stresss la weyh mahal kot bukan murah beb..

LEARN FROM MISTAKE
so lepas ni kalau nak beli hp 2nd kena check betul2 jangan ada dent walaupun sikit sebab apa susah nak claim waranty walaupun hp tu still ada waranty kalau dah ada dent memang cnfirm tak boleh nak claim lagi sebab dia anggap hp tu dah jatuh ke apa la walaupun bukan salah aku mungkin org sebelum aku beli. tapi nak buat mcm mana nasib tak ok kan.. org yang jual hp tu pun xnak cover kos repair tersebut so sad..

ya memang salah aku.. so lepas ni jangan lagi nak beli hp 2nd trauma sangat ler bila terjadi macam ni. aku sedih weyh nak cari duit bukan senang nk kena simpan bertahun jugak akhirnya pasrah..

so lepas repair aku decide nak jual balik je. GOODBYE NOTE 5




6/23/2016

RIANG RIA RAYA BLOGGER CONTEST WITH LAZADA MALAYSIA DISCOUNT UP TO 92%

Assalamualaikum all

fuhhh raya bakal menjelma ok.. tak sabarnya nak tunggu raya ni excited bebenar la busy dengan work. u know what dah lama nak join contest ni tapi kekangan masa yang lupa nak submit so today esok dah last ok kalau nak join.. tak terlambat lagi la kalau nak join,

aku memang suka giler la shopping kat lazada ni barang semua murah2 kualiti pun ok. sampaikan aku suruh tempat keje ak shopping je kat lazada kalau nak beli apa2 pun semua ada..hujung jari

Back to contest!!!!

jom la korang join sempena Hari Raya ni Lazada buat contest RIANG RIA RAYA BLOGGER WITH LAZADA lepastu wow tengok discount up to 92% pula tu mana nak dapat kan dari  21 - 24 JUN 2016 jerrr  cepat lah korang shopping hari esok  dah last sila klik dekat link bawah ni....

                                                                SHOPPING AT LAZADA


Langkah Untuk Penyertaan sila klik banner kat bawah ni cepat


http://www.lazada.com.my/blogger-contest/
PENYERTAAN


 SYARAT PENYERTAAN
SYARAT PENYERTAAN


WISHLIST 1ST
Casio Poptone Anadigit LCF-10D-4AV
Jam feveret ni dah lama usyar jam ni RM 129.00 jer dekat tempat lain rasanya memang lebih dari RM 239.00 wow dah boleh jimat 42%.


WISHLIST 2ND
MF Design Grorious Queen Size Divan Bed
harga memang not bad la baru RM 270.00 jer
WISHLIST 3RD
Morgan MEO-HC22B Electric Oven 20L (Black)
Ni pun idaman aku jugak just RM 99.00 jer murah kan


WISHLIST 4TH
Fujifilm instax Mini 25 Camera
yang ni mana la tahu lazada nak bagi free ke.teringin sangat nak ada camera selain daripada camera hp yang x berapa nak ori. terima kasih lazada..


ni je lah wishlist aku semua total RM 498.00 jer tak sampai oun RM500.00.. cepat2 taw join mana tahu jadi winner ke.. ALHAMDULILAH....


xoxo... smile



6/04/2016

happy holiday

Assalamualaikum

Semalam aku menangis, aku sedih sampai aku tertidor. Pagi tu aku tersedar dari tidor aku pikir kenapa aku menangis hanya kerana seorang lelaki yang menyakitkan hati ko yang dah pun tinggalkan ko. Ya aku kena bangkit. Life must go on. No man no cry..

Hari ni aku cuti so aku decide nak pergi jalan x kesah la kt mana pun janji berjalan je  la seluruh jb.. pergi jpo sampaikan cari kereta tak jumpa2..


Cari kereta tak jumpa2 hahaha jenuh mncri..pandai betul nyorok


Pergi jpo x sah kalau x masuk sini.. pling wajib



Sebelum mulakan perjalann makan dlu


Last sebelum balik


Muka dah penat


Ni je sempat grab dekat carlo rino



Dah lama giler aku tak cuti busy dengan kerja walaupun semalam aku memang dah siap2 bawa working paper balik umah nak siapkan hari ni tapi tulah mood tak mengizinkan aku.. so esok work hard ler jawabnya..


Xoxo 
Eyza fye




6/03/2016

luahan perasaan lagi

Kdg2 aku rasa sangat x adil
Kdg2 aku rasa nak bunuh diri pun ada
Kdg2 aku rasa nak patah balik ke masa lalu.
Aku penat sangat penat nak hadaapi hidup ni..

Kdg2 aku jeles dengan org sekeliling aku yang paling hampir membe aku sendri.. aku jeles tgk kebahagiaan diorang dah ada family sndri .. dah ada tunang tapi aku entahlah mungkin x akan ada bina family tu lg..

Aku tahu aku khilaf.. percaya sgt seseorg tu.. tp akhirnya go mcm tu... xde rasa sedikit pun bersalah atas apa yg dia telah buat. Sakitkan hati aku.. lukakan hati aku.

Kdg2 aku tak kuat aku lemah aku x larat aku benci tp realitinye aku ada hati tp xde perasaan. Aku sedih aku nanges xde sape pun yang tahu.. ya memng penat jd seorg perempuan..


5/08/2016

descendant of the sun



Ermmm akibat aku tertinggal pendrive dekat tempat kje lpstu tgh cuti lagi tak buat apa2 so aku layan je la cerita ni sampai 16 episod..memang berhantu memang best la sampaikan aku tak tido seharian menghadap cerita ni.. and now tamat..

Memang terbaik lah lagi pun dah lama ak download dekat tab tapi tak ada masa nak tengok.. sebelum tu aku dah tengok episod 1 tapi tak full macam tak best sangat sampai kan aku tertido.. part best bila episod 3 masa tu memang nak tengok sampai habis la.

Song jong ki n song hye kyo memang artis korea feveret aku la. Lakonan diorang memang best sangat tak jemu tengok drama diorang.

So sekarang aku boleh lah tido.. lagipun esok nak kerja.. ohh monday bluess glueess.. gud nite ya.. asslamualaikum..

2/11/2016

KEGILAAN TUDUNG AIDIJUMA

ASSALAMUALAIKUM..




HOBI aku sekarang ini ialah kumpul tudung aidijuma. Kalau dulu sebelum bulan 3 tahun lepas memang susahnya nak dapat tudung ni tapi sekarang setiap minggu ok setiap minggu.. Aku terjebak awal tahun ni serius corak cantik-cantik sangat la melting. Start dari awal tahun sehingga sekarang aku rasa dah dekat 60pcs kor now hari-hari pergi kerja aku pakai tudung aj. senang tak payah nak gosok nak repair senget benget tudung yang pasti terbentuk dengan elok. Memang banyk la koleksi aku tak terkira setiap minggu rasa nak membeli je al maklumlah cun coraknya



xoxo
Eyza Fye

1/08/2016

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink



Assalamualaikum, Jom kita join giveaway ni..



klik untuk join
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist

Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini
Senarai Hadiah Hebat
Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula
Senarai Peserta Hebat
 

Copyright 2015 © Eyzafye. Design by Ayu Barbydol