9/24/2014

CABARAN 30 HARI : HARI 19 - 1 RESEPI KEGEMARAN EYZA FYE

ASSALAMUALAIKUM



yukkk saya nak share 1 resepi yang simple untuk u all ...


NASI AYAM EYZA FYE

kalau weekend x kerja memang confirm la masak nasi ayam ni untuk family.
 Resepi simple je x susah sangat la nak membuatnya,, boleh try ok.

RESEPI NASI AYAM
NASI
  • Beras ikut berapa pot yang u all nak (basuh beras bersih-bersih dan toskan)
  • 3 sudu majerin
  • 3 ulas bawang merah * ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih * ditumbuk
  • 1 inci halia * ditumbuk

on kan rice cooker u all .. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air takut nasi menjadi lembik tak pun boleh je guna air tambah kiub pati ayam.. meletup u all.

SUP
  • potongan ayam
  • 4 biji bawang putih  * ditumbuk
  • 2 biji bawang merah  * ditumbuk
  • 2 inci halia  * ditumbuk
  • 1 kiub ayam
  • daun sup
  • daun bawang 
  • bawang goreng

Tumis bahan2 yang di tumbuk..Masukan potongan ayam lepastu masukkan air biar sampai mendidih
campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila ayam dah masak, tutup api..tos kan ayam untuk perap.sup tu bahagikan separuh untuk masak nasi.. dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan ok siap.

AYAM
Bahan perap
  • sos tiram
  • kicap cair
  • kicap manis
  • madu
  • Ayam yang dimasak dengan sup

Perap ayam dengan bahan2 di atas dalam 1 jam pun boleh.Lepas perap panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak..

KUAH LADA
  • 4-5 lada hidup (merah)
  • 1 biji bawang putih
  • sedikit gula
  • sedikit garam
  • 1/2 sudu kecil cuka
blend kesemua bahan.kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing).


SELAMAT MENCUBA
XOXO
EYZAFYE

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Eyzafye. Design by Ayu Barbydol