10/08/2012

40 KESALAHAN IBU BAPA

ASSALAMUALAIKUM


Anak adalah anugerah Allah yang paling berharga. Hargai dan sayangilah mereka. Kepada semua yang bergelar ibu bapa sama-samalah kita renungkan....


1.Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2.Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
4. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
5. Tidak berusaha mempelbagaikan jenis makanan kepada anak-anak.
6. Melahirkan suasana tidak seronok ketika makan.
7. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
8. Memebezakan kasih sayang terhadapa anak-anak.
9. Kurang melahirkan kasih sayang pada anak-anak.
10. Sering mengeluh di depan anak-anak.
11. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
 12.Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
13. Tidak meraikan kepergian dan kepulangan anak-anak dari sekolah atau tempat belajar.
14. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
15. Tidak suka bercakap dengan anak-anak.
16. Tidak menggunakan bahasa yang betul.
17. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
18. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.
19. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
20. Menizinkan anak-anak menjamah atau makan makanan / minuman yang ternyata shubhah. ( ragu-ragu tentang halal haram ).
21. Ibu bapa suka bertengkar di hadapan anak-anak.
22. Mamandang rendah terhadap kebolehan anak-anak.
23. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
24. Memberi kebebasan berlebihan kepada anak-anak.
25. Terlalu mengongkong anak-anak.
26. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
27. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
28. Tidak tegas mendidik anak-anak.
29. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
30. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
31. Tidak menunaikan janji yang dibuat pada anak-anak.
32. Kerap meleteri sesuatu kesilapan serta mengungkit-ngungkit hal yang lama.
33. Menghukum tanpa menyatakan atau selidik kesalahan yang dilakukan.
34. Memberi nasihat yang sama dan tidak membina untuk anak-anak.
35. Tidak melayan pertanyaan, kemusykilan serta perasaan anak-anak.
36. Mengenakan hukuman yang tidak setimpal dengan perbuatan yang anak-anak lakukakan.
37. Tidak pernah mengambil cakna tentang perasaan dan masalah yang dihadapi oleh anak-anak.
38. Tidak adil dalam rumah tangga.
39. Menunjukkan muka yang masam dan marah di hadapan anak-anak.
40. Memanggil anak dengan perkataan yang tidak sopan.


SUMBER: ieyzar


Your Lovely,

4 comments :

  1. Owh.. banyaknya... huhu kena berubah ni.. secara tidak sedar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetapi ape yg parent kte lakukan juga adalah demi kebaikan kita sendiri taw... parent pon kene jgk memahami anaknye..

      Delete
  2. assalamualaikum, bagus info ni.
    terima kasih :)
    salam perkenalan daripada saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam.
      same2
      salam perkenalan jgk ye..

      Delete

 

Copyright 2015 © Eyzafye. Design by Ayu Barbydol